MOHD NAZRIL BIN ABD RAHMAN-SUKAN DAN REKREASI-2011/2012
Melampirkan mengenai tugas-tugas yang dilakukan bagi kursus (TEKNOLOGI PENDIDIKAN-GGGE2153)
Tuesday, 1 January 2013
Tuesday, 11 December 2012
Hasil karangan kumpulan kami
“ Model Pemilihan dan Penggunaan Media serta Bahan – bahan Sumber ICT
dalam Pembestarian Pengajaran “
Pembangunan peradaban manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi
maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat dan
komunikasi ( ICT). Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT,
auranya sudah dapat di rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke
peringkat globalisasi. Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan
penggunaan ICT dalam pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan.Dalam usaha
merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah
diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.
Oleh itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan pelajar digunakan untuk
mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan ICT
dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan
peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula,
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Media
pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat
digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi
yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata
bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji,
Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai
untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung
pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa
pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran
yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media
tertentu sahaja.
Huraian di atas membawa pengertian
bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada
harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Tujuannya ialah supaya
dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membatu
guru dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.
ICT dapat
ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk
memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat
melalui media elektronik. Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua
aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar
terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam
P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi
dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari
bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru
menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi
teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung
dengan teknologi.
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud
penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah
kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran.
Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti
P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah
yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
Apabila merujuk kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas,
maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan
oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang
pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas
manusia. Oleh itu perlu tegaskan bahawa ICT yang dimaksud dalam huraian ini
merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer
dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran.
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat
berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar.Keberkesanan
Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh
teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996,
m.s 145).Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang
dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.
Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan
powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul
halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa “Pelbagai perisian yang
digunakan mampu menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan
pengalaman bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu
seperti Sains dan Matematik.
Masa kini, pelajar sekolah lebih banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari
laman sembang sosial sahaja seperti facebook, twitter, my space dan
sebagainya. Fenomena
seperti ini sudah menjadi trend dalam
kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007). Seharusnya minat pelajar
ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para guru atau ibu bapa untuk
mendidik palajar tersebut agar menggunakan manfaat ICT ke arah penggunaan
yang betul dan seterusnya memberikan impak positif kepada diri pelajar
tersebut. .
Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak
kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran
pada bila-bila masa dan dimana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh
dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia;
pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan
pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan
guru.
Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick
dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan
tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan
oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada
pengalaman pembelajaran di luar sekolah.
Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987
melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada
rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada
peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan
masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat
perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan
yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di
Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).
Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan
1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan
Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan
peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara.
Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan
semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari
dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting
dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin
Badusah (2000)
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 secara jelas telah menggariskan
tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk
semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai
kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk
meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum,
menjelaskan. Beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya:
- Berupaya meningkatkan
kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
- Memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
- Meningkatkan motivasi
murid
- Membolehkan
pembelajaran bersendiri (individualise learning)
- Membolehkan murid
mengakses maklumat yang sukar diperolehi
- Mewujudkan suasana
pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
- Membolehkan
murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
- Meningkatkan
kreativiti dan imaginasi murid
- Memberi peluang kepada
murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas
dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam
konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat
untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir
semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya
oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan
masyarakat.
Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian
dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks,
suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai
teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.
Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada
murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga
kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan
bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan
dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada
pelajar secara berkesan.
Melalui penggunaan
alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti
powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan
tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses
pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan
padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik
serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu
dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik
dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan
penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya
ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan
hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada
pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.
Contohnya penggunaan
internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai
dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam
aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan
kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai
ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan
sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
disekolah.
Hal ini kerana
melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan
lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami
setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap
maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi
nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.
Di samping itu guru
juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang
diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi
tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan
menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi
kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi
menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.
Dalam era dunia tanpa
sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar
tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai
ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat
yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh
guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di
ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.
Contohnya melalui
pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka
murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran
dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding
dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara
ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada
guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar
menggunakan ICT.
Sistem pendidikan di Malaysia sangat
mementingkan untuk melahirkan insan yang berjaya dari segi
akademik.Walaubagaimanapun, kejayaan pelajar dalam bidang akademik bermula
dengan usaha menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek.
Terdapat segelintir guru yang merasakan
mengajar merupakan sesuatu yang mencabar sehingga sukar untuk membantu pelajar
memahami apa yang ingin disampaikan. Persoalannya mengapakah keadaan ini
berlaku? Adakah subjek yang diajar itu merupakan satu subjek yang sangat sukar
sehingga dianggap silibus itu hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang
mempunyai IQ yang tinggi atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru serta
pemilihan bahan bantu mengajar yang tidak berkesan? Pengajaran bukanlah suatu
tugas yang sukar kepada guru kerana mereka telahpun mendapat latihan selama 4
tahun sebelum bergelar guru.
Guru perlu memastikan bahawa pelajar
dapat memahami isi kandungan silibus matapelajaran kerana konsep dan kemahiran
yang diajar merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan cara yang
terbaik dengan berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha menyediakan bahan
bantu mengajar yang dapat membantu dan memudahkan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi seronok kepada pelajar yang seterusnya membantu dalam
proses peningkatan minat dan kefahaman pelajar.
Begitu juga halnya dengan terdapat
pelajar yang mengeluarkan kenyataan bahawa pengajaran adalah sesuatu yang
membosankan, mengelirukan dan membebankan mereka. Hal ini demikian kerana guru
hanya mengajar menggunakan buku teks semata-mata dan hanya menyampaikan
pengajaran menggunakan kaedah kuliah tanpa melibatkan penyertaan pelajar dalam
proses P&P tersebut. Seseorang guru perlu sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari
sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah
Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990).
Jadi, guru perlu sedaya upaya untuk
mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang
menyenangkan dalam kalangan pelajar.Oleh itu, pengetahuan guru dalam
menggunakan bahan yang dipilih dan penggunaan pelbagai teknik P&P,
pemberian latihan yang berperingkat-peringkat dan bermakna mengikut tahap
kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira semasa memilih bahan
yang ingin digunakan. Guru perlu memikirkan tentang faedah yang diperoleh
pelajar hasil penggunaan bahan tersebut. Hal ini bertujuan untuk
mengekalkan minat pelajar terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan
dan seterusnya dapat menyediakan pelajar yang mempunyai motivasi kendiri untuk
terus belajar dengan bersungguh-sungguh.
Bahan Bantu Mengajar yang baik
dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut:
a. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang
diajar dan hasil yang
diharapkan.
b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang
dengan kos yang
diperlukan dalam penggunaannya.
d. Dibuat dengan perincian yang tepat.
e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah
pecah ataupun
hilang.
f. Rupa bentuk dan warna yang menarik
g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j. Fleksible dan pelbagai guna.
k. Operasinya mudah
l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat
melihatnya apabila digunakan
semasa demonstrasi dalam kelas.
Media pembelajaran yang telah dipilih agar dapat digunakan secara efektif
dan efisien perlu menempuh langkah-langkah secara sistematis. Ada tiga langkah
yang pokok yang dapat dilakukan yaitu persiapan, pelaksanaan/penyajian, dan
tindak lanjut.
1. Persiapan
Persiapan maksudnya kegiatan dari seorang tenaga pengajar yang akan
mengajar dengan menggunakan media pembelajaran. Kegiatan-kegiatan yang dapat
dilakukan tenaga pengajar pada langkah
persiapan diantaranya: a) membuat rencana pelaksanaan pembelajaran/perkuliahan
sebagaimana bila akan mengajar seperti biasanya. Dalam rencana pelaksanaan
pembelajaran/perkuliahan cantumkan media yang akan digunakan. b) mempelajari
buku petunjuk atau bahan penyerta yang
telah disediakan, c) menyiapkan dan mengatur peralatan yang akan digunakan agar
dalam pelaksanaannya nanti tidak terburu-buru dan mencari-cari lagi serta
peserta didik dapat melihat dan mendengar dengan baik.
1.
Pelaksanaan/Penyajian
Tenaga Pengajar pada saat melakukan proses pembelajaran dengan menggunakan
media pembelajaran perlu mempertimbangkan seperti: a) yakinkan bahwa semua
media dan peralatan telah lengkap dan siap untuk digunakan. b) jelaskan tujuan
yang akan dicapai, c) jelaskan lebih dahulu apa yang harus dilakukan oleh
peserta didik selama proses pembelajaran, d) hindari kejadian-kejadian yang
sekiranya dapat mengganggu perhatian/konsentrasi, dan ketenangan peserta didik.
3. Tindak lanjut
Kegiatan ini perlu dilakukan untuk memantapkan pemahaman peserta didik
tentang materi yang dibahas dengan menggunakan media. Disamping itu kegiatan
ini dimaksudkan untuk mengukur efektivitas pembelajaran yang telah
dilakukannya. Kegiatan-kegiatan yang dapat dilakukan diantaranya diskusi,
eksperimen, observasi, latihan dan test.
Tegasnya multimedia dapat disimpulkan
sebagai perpaduan dari pelbagai media berupa teks, gambar, suara, video,
animasi, interaksi, yang digunakan untuk menyampaikan informasi kepada orang
lain yang dikemas dalam bentuk komputerisasi. Selain sebagai media
pembelajaran, multimedia juga dapat diintegrasikan untuk pembuatan game, film
animasi, untuk periklanan, company profile, arsitektur, simulasi, dan
lain-lain.
Berdasarkan kepada definisi yang telah
dibincangkan terdapat enam media utama dalam suatu sistem multimedia yang
lengkap iaitu teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktif. Media-media
ini digabungkan untuk mewujudkan suatu persembahan inovasi yang menarik dan
berkesan
1.
Teks
Teks merupakan komponen asas dalam
sistem multimedia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya
memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh
digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin
disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000).
Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia
digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar
melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Ini membolehkan
sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada pelajar
dengan mudah dan berkesan.
Atas dasar tersebut, teks merupakan
salah satu media utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia
(Vivi Lach 2006). Dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun
atur boleh dipindahkan ke mana‐mana sistem komputer bagi memudahkan
pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari Internet.
2.
Grafik
Grafik digunakan bagi memberi penekanan
secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Ia membantu dalam
menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta menjadikan sesuatu
persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. Disamping itu,
grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak
dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
Penggunaan grafik juga dapat
mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan
yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti
lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian
sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara
proses yang penting dalam komunikasi maklumat dan grafik untuk penyampaian
maklumat melalui proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia.
3.
Audio
Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu
maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio
istimewa. Di samping itu, ia membantu meningkatkan daya tarikan terhadap
sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada pelajar untuk
memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik minat
pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio.
Menerusi audio, terdapat beberapa
faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian
pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman
pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan
mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik,
menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan
penumpuan pelajar dalam sesebuah mata pelajaran.
4.
Video
Video dapat menyediakan kaedah
penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan sumber atau
media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi.
Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi dan
sumber rujukan yang berkesan. Disamping itu, video digital menjanjikan satu corak
persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu
perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar.
Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai,
memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang diperolehi menjadi lebih dinamik,
hidup dan menyeronokkan.
5.
Animasi
Animasi berperanan bagi menceriakan
lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga membantu dalam menerangkan
sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian
pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang
meransang dan menyeronokkan. Seseorang pelajar boleh menggunakan animasi
berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak
sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam
subjek yang dipelajari.
6.
Interaktif
Kebolehan pengguna untuk berinteraksi
dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci utama kebolehan atau
kecanggihan sebuah sistem multimedia. Pengguna berupaya mengawal apa isi
kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia
dipersembahkan. Ia juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu
maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan tersendiri.
Dengan menyepadukan elemen-elemen yang
terdapat dalam multimedia di atas melalui komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya pendidikan Islam, maka akan dapat meningkatkan pemahaman
serta minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kerana penggunaan
multimedia dan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dapat menciptakan
proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan timbal balik antara
guru dan pelajar dan juga antara sesama pelajar.
Proses pembelajaran interaktif yang
dijalankan hendaknya dapat mendorong semangat pelajar untuk belajar dan munculnya
inspirasi pada pelajar untuk memunculkan ide baru, mengembangkan inisiatif dan
kreativiti. Guru perlu berusaha menciptakan proses pembelajaran yang
menyeronokan, menjadikan pelajar merasa nyaman, selesa dan asyik untuk
mengikutinya. Namun pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi bergantung kepada keupayaan dan
kebolehan guru untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran.
Hal ini selari dengan pandangan Zoraini
Wati (1992), yang menyatakan bahawa pengajaran bukan sahaja melibatkan
penyampaian fakta atau pengetahuan semata-mata tetapi lebih banyak menekankan
aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari. Justeru itu, bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, guru-guru
pendidikan Islam seharusnya memanfaatkan penggunaan alat teknologi seperti
komputer bagi merangsang minda pelajar untuk belajar (Hasbullah & Yusni,
2003) malah ia sesuai dengan keperluan futuristik yang memerlukan penguasaan
dalam teknologi maklumat (Mohd Jasmy & Mohd Yusro, 2003).
Kesimpulannya, harus diingat, walaupun
ICT memberi pelbagai manfaat dalam P&P, tetapi ICT hanyalah merupakan satu
faktor tambahan dalam meningkatkan keberkesanan P&P. Maksudnya jika kita
terlalu bergantung pada ICT, guru tidak lagi berkesan dan akan wujud sikap
individualistik dalam diri pelajar. Jadi, Keperluan pengajian tanpa guru
sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimalkan. Ini
perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau
perhubungan dan interaksi antara dua akal, jiwa hati dan peribadi secara
tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin kejayaan sebenarnya. Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru.
penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.
Monday, 10 December 2012
Friday, 7 December 2012
Friday, 30 November 2012
Thursday, 29 November 2012
PERLATAN TEKNOLOGI DALAM KESIHATAN DAN SUKAN
PERLATAN TEKNOLOGI DALAM KESIHATAN DAN SUKAN
Cermin mata ini berfungsi membantu otak kita untuk mencari
titik fokus melalui lubang lubang kecil pada cermin mata ini. Dengan ini ia
melatih mata kita yang telah 'out focus' untuk kembali ketempat asal di kornea.
Cermin mata ini sangat sesuai untuk pesakit RABUN JAUH dan RABUN
DEKAT.Pemakaian secara berterusan akan dapat mengurangkan power cermin mata
anda myopia dan astigmatism..InsyAllah,ianya dapat membantu otak kita mencari
titik fokus melalui lubang lubang kecil pada cermin mata ini. Ia akan melatih
mata kita untuk kembali ketempat asal di kornea.
CARA MENGGUNAKANNYA
LANGKAH 1 :Mula mula pakai cermin mata ini.
LANGKAH 2 :Pejam mata untuk 10 saat
LANGKAH 3 :Buka mata dan gerakan mata anda kekiri dan kekanan untuk 10 kali
LANGKAH 4 :Dengan perlahan gerakan anak mata mengikut arah jam sekali dan melawan arah jam sekali
LANGKAH 5 :Kelip-kelipkan mata anda beberapa kali untuk membenarkan otak menyelaras focus pada mata
LANGKAH 6 :Mula gunakan, kalau rabun jauh guna untuk melihat objek jauh, kalau rabun dekat gunakan untuk membaca
CARA MENGGUNAKANNYA
LANGKAH 1 :Mula mula pakai cermin mata ini.
LANGKAH 2 :Pejam mata untuk 10 saat
LANGKAH 3 :Buka mata dan gerakan mata anda kekiri dan kekanan untuk 10 kali
LANGKAH 4 :Dengan perlahan gerakan anak mata mengikut arah jam sekali dan melawan arah jam sekali
LANGKAH 5 :Kelip-kelipkan mata anda beberapa kali untuk membenarkan otak menyelaras focus pada mata
LANGKAH 6 :Mula gunakan, kalau rabun jauh guna untuk melihat objek jauh, kalau rabun dekat gunakan untuk membaca
HARGA:RM 5O
2.Bowling Machine
Cricket
Peralatan ini digunakan untuk latihan
memukul. Mesin ini boleh diubah suai kelajuan bola mengikut keselesaan yang
hendak dilakukan oleh pemukul. Latihan menggunakan mesin ini juga boleh menguji
kecekapan mata pemukul tersebut. Selain itu, mesin ini boleh diubah suai
menjadi ‘spin’ dengan kelajuan mesin yang berbeza. Sebagai contoh, bahagian
sebelah meletakkan kelajuan yang tinggi dan sebelah lagi kelajuan yang rendah.
Mesin ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan pemain peringkat
tinggi. Had kelajuan bagi mesin ini ialah 200kmph. Harga bagi sebuah mesin ini
dianggarkan RM 850 sehingga RM19000. Kebiasaannya, sesebuah kelab yang akan
bertanggungjawab untuk membeli mesin ini.
3.Blow
Ball
Berfungsi
melatih pernafasan seseorang atlet.Atlet boleh meningkatkan kapasiti udara yang
masuk ke dalam paru-paru selain dapat melancarkan peredaran darah dan menambahkan
kecergasan. Blow Ball diperbuat daripada kerangka kayu berbentuk segi empat
tepat seperti meja snooker dan mempunyai lapan lubang yang boleh dibuka dan
ditutup mengikut permainan yang dipilih.Ia dilengkapi bersama beberapa biji set
bola plastik, empat set batang paip dengan pelbagai warna dan saiz
panjang.Antara permainan yang boleh dimainkan adalah seperti karom, snooker,
bola sepak dan pelbagai lagi dan ia dimainkan dengan cara menghembus bola
plastik dengan menggunakan batang paip berkenaan. Sebelum memulakan permainan,
pemain akan diambil kadar pernafasan dan kadar pernafasan selepas permainan
dicatatkan.Dengan ini, perubahan kadar pernafasan dapat diukur. Pada kebiasaan
pemain akan menjalankan latihan sebanyak 15 kali dalam satu sesi dan dalam
seminggu sebanyak tiga sesi dijalankan. Perubahan dapat dilihat selepas atlet
menjalani latihan selama empat minggu dan kenaikan sebanyak 3 hingga 5 peratus
kadar pernafasan dapat dicapai.
4.Zip
Ini gizmo comel sedikit (dalam gambar di
atas) telah diwujudkan bagi mereka yang hanya mahu untuk mengira
langkah-langkah, menjejaki kalori yang mereka telah dibakar dan mengambil
melihat dengan lebih dekat pada data harian mereka melalui papan pemuka dalam
talian komprehensif syarikat dengan perkongsian dan permainan ciri-ciri. Ia
adalah sedikit lebih kecil daripada Ultra Fitbit tetapi yang lebih luas dan
lebih seperti alat pengukur langkah tradisional. Ia peluh dan kalis air dan
cangkuk terus ke pakaian anda. Dari apa yang kita boleh memberitahu ia mungkin
satu bentuk yang lebih baik daripada Ultra Fitbit dan lebih praktikal juga.
Pecutan akan memaparkan langkah-langkah yang anda telah diambil, jarak yang
diliputi dan kalori dibakar (berdasarkan statistik peribadi anda) sepanjang
hari dan ia begitu mudah untuk digunakan, hanya ketuk skrin untuk mengubah data
pada paparan.Ia datang dengan USB dongle, tetapi data anda boleh segerakkan
tanpa wayar ke iPhone anda melalui Bluetooth 4.0 dan ia berjalan semata-mata di
luar menonton bateri terlalu (yang terakhir kira-kira 4 hingga 6 bulan sebelum
mereka perlu diganti), jadi ia menghilangkan keperluan bagi kabel yang rumit
dan banyak mengenakan jika anda lebih suka tidak kucar-kacir di sekeliling.
5.Acu Sense Mat
AcuSense
Mat direka berdasarkan seni purba di mana titik akupunktur tertentu ditekan
untuk melegakan sakit otot dan kelesuan. AcuSense Mat adalah selamat diguna dan
tahan lama. Tikarnya diperbuat dari 100% gentian kapas asli, dan bunga berduri
diperbuat dari bahan plastik ABS yang selamat.
Cara Mengguna:
- Letakkan
tikar di atas katil atau lantai rata. Letakkan sebiji bantal atau kusyen
di bawah tikar untuk merehatkan leher anda. Berbaring di atas tikar dan
memastikan berat badan anda disebar rata ke semua titik tekanan tikar.
- Berehat,
menarik nafas panjang dan tidak bergerak.
- Pada
mulanya berbaring 10 hingga15 minit setiap sesi dan memanjangkan jangka
anda berbaring ke antara 20 hingga 40 minit setiap sesi.
Beberapa
Posisi Yang Boleh Digunakan :
Belakang :Berbaring
di atas lantai yang rata dan letakkan sebiji bantal di bawah kepala anda.
Muka & Rahang :Letakkan
pipi anda di atas tikar. Anda boleh melapik pipi anda dengan kain untuk mengurangkan
tekanan di pipi anda
Bahagian Perut : Berbaring pada perut anda.
Posisi ini membantu memperbaiki pernafasan.
Tapak Kaki : Memberi
kebaikan refleksologi yang membawa kesan positif ke seluruh badan.
Punggung: Meredakan
ketegangan di bahagian bawah belakang dan mengekalkan kestabilan dan tenaga
Harga: RM140.OO
6.N.Plus
Digital Blood Pressure
Keistimewaannya:
1. Skrin paparan bacaannya lebih besar
dan mudah dibaca.
2. Mengukur tekanan darah secara
automatik dengan paparan bacaan sistolik, diastolik dan nadi.
3. Boleh menyimpan dua bacaan ke dalam
memori dan anda boleh mendapat bacaan purata bagi kedua-dua bacaan tersebut.
4. Alat ini mempunyai effikasi dan ia
mengukur tekanan darah secara tepat.
5. Pam yang digunakan pula tidak
mengeluarkan bunyi yang bising
6. Ianya menjimatkan bateri kerana ia
akan tutup sendiri secara automatik apabila sudah tidak digunakan.
7. Mempunyai indikasi atau petunjuk
bagi bacaan tekanan darah yang `standard`di mana alat ini akan menilai keadaan
tekanan darah anda, sama ada ianya normal, sederhana tinggi atau pun tinggi.
8. Jadi
mudahlah anda membuat keputusan untuk bertindak sewajarnya
Harga:
RM 250
7.Learblue Digital Alat Test Kehamilan Yang Paling Tepat

Clearblue Ujian Kehamilan
DIGITAL dengan Petunjuk Conception memberikan anda pengesahan dua
keputusan. Penderia Pintar yang Dwi tidak hanya memberitahu anda dalam
perkataan jika anda mengandung atau tidak, tetapi jika anda, ia juga
menunjukkan anda bagaimana banyak minggu hamil anda.
Dengan paparan digital maju, tidak ada keperluan untuk mentafsir garisan tetapi
Clearblue Ujian Kehamilan
DIGITAL memberikan anda kehamilan ujian yang paling tepat membaca dalam
pregnancy awal.
·
Ujian
Clearblue DIGITAL Kehamilan dengan Petunjuk Conception
·
Lebih
daripada 99% tepat dari hari haid anda adalah disebabkan
·
Satu-satunya
ujian juga memberitahu anda beberapa minggu sejak anda mengandung
·
Memberikan
keputusan yang baik tanpa kesilapan yang jelas
·
Terlalu
sensitif, anda boleh menguji sehingga 4 hari early2
·
Ujian mudah
untuk digunakan dengan simbol hourglass yang unik untuk menunjukkan kepada anda
bekerja
·
Jenama yang
paling disyorkan oleh pakar perubatan
8.Alat Untuk Menurunkan Dan Menormalkan Tekanan Darah
Hipotention
aparatus bekerja untuk menetralkan biolistrik tubuh. Jika
biolistrik tubuh tidak seimbang maka akan banyak penyakit yang boleh menyerang
tubuh. Tetapii jika biolistrik tubuh diseimbangkan kembali maka tubuh akan
menjadi sihat.
Fungsi utama hipotention aparatus adalah untuk menstbilkan
kembali tekanan darah yang tidak normal. Ada lima kelebihan memiliki
hipotention aparatus iaitu:
- Bentuknya
kecil, diametrnya tidak lebih dari 10cm, jadi sangat mudah di bawa
kemana-mana sahaja
- Ringan
dan fleksibel, boleh digunakan dimana;mana sahaja
- Cara
kerja cepat dan sangat efektif
- Bekerja
dua arah
- Telah
lulus ujan perubatan di pelbagai negara
9.Electronic Table Ping Pong Machine
“Electronic
Table Ping Pong Machine”
Fungsi
utama ini adalah untuk melatih dan membantu atlet menjalani latihan kemahiran memukul bola
seterusnya dapat membantu jurulatih mengenalpasti prestasi atlet dengan
memerhatikan persembahan atlet semasa
latihan dijalankan serta dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh
atlet seterusnya memperbaiki kesilapan tersebut. Alatan ini banyak digunakan
untuk sesi latihan atlet sehingga ke peringkat sukan antarabangsa kerana
fungsinya yang sangat berkesan dalam membantu atlet mengawal bola dan menjaga
konsistensi pukulan bola.
Sumber rujukan:
“Penggunaan Alat Berteknologi Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani
dan Sukan “,
Prof. Madya Dr.
Mohad Anizu bin Haji Mohd Nor.
10.Golf Club
Ball Launche
Alternatif
untuk pemain bermain golf dan memegang batang golf walaupun bukan dengan
menggunakan batang golf dalam bentuk yang biasa. Ia dihadirkan dalam bentuk
‘rifle’ atau salah satu jenis alatan senjata seperti senapang, membolehkan ia
mudah dibawa pemain dan pada masa yang sama dapat juga dimuatkan bersama di
atas kereta golf (golf cart). “Golf Club Ball Launcher” mempunyai satu system
piston membolehkan bola golf mampu dilepaskan dari hujung “rifle” itu dan
kemudiannya masuk ke dalam lapangan hijau berumput yang mempunyai lubang golf
(golf green) itu. Kebanyakan pengguna peralatan ini adalah individu kurang
upaya atau pun individu dengan upaya tetapi tidak mahu menggunakan kaedah
permainan golf biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)