Tuesday, 11 December 2012

Hasil karangan kumpulan kami


“ Model Pemilihan dan Penggunaan Media serta Bahan – bahan Sumber ICT dalam Pembestarian Pengajaran “


PENDAHULUAN

            Pembangunan peradaban  manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat  dan komunikasi ( ICT). Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi. Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan.Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.

            Oleh itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan pelajar  digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

            Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.

            Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Tujuannya ialah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membatu guru dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.
ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.  Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.

Apabila merujuk kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu tegaskan bahawa ICT yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran.

            Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar.Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.  Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa  “Pelbagai perisian yang digunakan  mampu menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik.

            Masa kini, pelajar sekolah lebih banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari laman sembang sosial sahaja seperti facebook, twitter, my space dan sebagainya.  Fenomena
seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007). Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para guru atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut agar menggunakan manfaat ICT  ke arah penggunaan yang betul dan seterusnya memberikan impak positif kepada diri pelajar tersebut. .

            Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru.

Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah.

Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).

Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin Badusah (2000)

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. Beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya:

  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi murid
  4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7.  Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
  9. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.

Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat.

Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.

Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.

Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.

Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.

Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.

Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.

Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

Sistem pendidikan di Malaysia sangat mementingkan untuk melahirkan insan yang berjaya dari segi akademik.Walaubagaimanapun, kejayaan pelajar dalam bidang akademik bermula dengan usaha menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek.

Terdapat segelintir guru yang merasakan mengajar merupakan sesuatu yang mencabar sehingga sukar untuk membantu pelajar memahami apa yang ingin disampaikan. Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah subjek yang diajar itu merupakan satu subjek yang sangat sukar sehingga dianggap silibus itu hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru serta pemilihan bahan bantu mengajar yang tidak berkesan? Pengajaran bukanlah suatu tugas yang sukar kepada guru kerana mereka telahpun mendapat latihan selama 4 tahun sebelum bergelar guru.

Guru perlu memastikan bahawa pelajar dapat memahami isi kandungan silibus matapelajaran kerana konsep dan kemahiran yang diajar merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan cara yang terbaik dengan berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu dan memudahkan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok kepada pelajar yang seterusnya membantu dalam proses  peningkatan minat dan kefahaman pelajar.

Begitu juga halnya dengan terdapat pelajar yang mengeluarkan kenyataan bahawa pengajaran adalah sesuatu yang membosankan, mengelirukan dan membebankan mereka. Hal ini demikian kerana guru hanya mengajar menggunakan buku teks semata-mata dan hanya menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah kuliah tanpa melibatkan penyertaan pelajar dalam proses P&P tersebut. Seseorang guru perlu sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990).

Jadi, guru perlu sedaya upaya untuk mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam kalangan pelajar.Oleh itu, pengetahuan guru dalam menggunakan bahan yang dipilih dan penggunaan pelbagai teknik P&P, pemberian latihan yang berperingkat-peringkat dan bermakna mengikut tahap kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira semasa memilih bahan yang ingin digunakan. Guru perlu memikirkan tentang faedah yang diperoleh pelajar hasil penggunaan bahan tersebut.  Hal ini bertujuan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan dan seterusnya dapat menyediakan pelajar yang mempunyai motivasi kendiri untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.



 Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut:

a. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang
diharapkan.
b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan dalam penggunaannya.
d. Dibuat dengan perincian yang tepat.
e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun
hilang.
f. Rupa bentuk dan warna yang menarik
g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j. Fleksible dan pelbagai guna.
k. Operasinya mudah
l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa demonstrasi dalam kelas.

Media pembelajaran yang telah dipilih agar dapat digunakan secara efektif dan efisien perlu menempuh langkah-langkah secara sistematis. Ada tiga langkah yang pokok yang dapat dilakukan yaitu persiapan, pelaksanaan/penyajian, dan tindak lanjut.

1. Persiapan
Persiapan maksudnya kegiatan dari seorang tenaga pengajar yang akan mengajar dengan menggunakan media pembelajaran. Kegiatan-kegiatan yang dapat dilakukan tenaga pengajar pada langkah  persiapan diantaranya: a) membuat rencana pelaksanaan pembelajaran/perkuliahan sebagaimana bila akan mengajar seperti biasanya. Dalam rencana pelaksanaan pembelajaran/perkuliahan cantumkan media yang akan digunakan. b) mempelajari buku petunjuk atau bahan penyerta  yang telah disediakan, c) menyiapkan dan mengatur peralatan yang akan digunakan agar dalam pelaksanaannya nanti tidak terburu-buru dan mencari-cari lagi serta peserta didik dapat melihat dan mendengar dengan baik.


1.      Pelaksanaan/Penyajian
Tenaga Pengajar pada saat melakukan proses pembelajaran dengan menggunakan media pembelajaran perlu mempertimbangkan seperti: a) yakinkan bahwa semua media dan peralatan telah lengkap dan siap untuk digunakan. b) jelaskan tujuan yang akan dicapai, c) jelaskan lebih dahulu apa yang harus dilakukan oleh peserta didik selama proses pembelajaran, d) hindari kejadian-kejadian yang sekiranya dapat mengganggu perhatian/konsentrasi, dan ketenangan  peserta didik.

3. Tindak lanjut
Kegiatan ini perlu dilakukan untuk memantapkan pemahaman peserta didik tentang materi yang dibahas dengan menggunakan media. Disamping itu kegiatan ini dimaksudkan untuk mengukur efektivitas pembelajaran yang telah dilakukannya. Kegiatan-kegiatan yang dapat dilakukan diantaranya diskusi, eksperimen, observasi,  latihan dan test.

Tegasnya multimedia dapat disimpulkan sebagai perpaduan dari pelbagai media berupa teks, gambar, suara, video, animasi, interaksi, yang digunakan untuk menyampaikan informasi kepada orang lain yang dikemas dalam bentuk komputerisasi. Selain sebagai media pembelajaran, multimedia juga dapat diintegrasikan untuk pembuatan game, film animasi, untuk periklanan, company profile, arsitektur, simulasi, dan lain-lain.

Berdasarkan kepada definisi yang telah dibincangkan terdapat enam media utama dalam suatu sistem multimedia yang lengkap iaitu teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktif. Media-media ini digabungkan untuk mewujudkan suatu persembahan inovasi yang menarik dan berkesan

1.      Teks

Teks merupakan komponen asas dalam sistem multimedia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000).


Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Ini membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada pelajar dengan mudah dan berkesan.

Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia (Vivi Lach 2006). Dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur boleh dipindahkan ke manamana sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari Internet.

2.      Grafik

Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Ia membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. Disamping itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.

Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang penting dalam komunikasi maklumat dan grafik untuk penyampaian maklumat melalui proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia.

 3.      Audio

Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Di samping itu, ia membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio.

Menerusi audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan penumpuan pelajar dalam sesebuah mata pelajaran.

4.      Video

Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi. Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi dan sumber rujukan yang berkesan. Disamping itu, video digital menjanjikan satu corak persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan.

5.       Animasi

Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang meransang dan menyeronokkan. Seseorang pelajar boleh menggunakan animasi berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari.


6.       Interaktif

Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci utama kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Pengguna berupaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Ia juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan tersendiri.

Dengan menyepadukan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia di atas melalui komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya pendidikan Islam, maka akan dapat meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kerana penggunaan multimedia dan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dapat menciptakan proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan timbal balik antara guru dan pelajar dan juga antara sesama pelajar.

Proses pembelajaran interaktif yang dijalankan hendaknya dapat mendorong semangat pelajar untuk belajar dan munculnya inspirasi pada pelajar untuk memunculkan ide baru, mengembangkan inisiatif dan kreativiti. Guru perlu berusaha menciptakan proses pembelajaran yang menyeronokan, menjadikan pelajar merasa nyaman, selesa dan asyik untuk mengikutinya. Namun pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi bergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran.

Hal ini selari dengan pandangan Zoraini Wati (1992), yang menyatakan bahawa pengajaran bukan sahaja melibatkan penyampaian fakta atau pengetahuan semata-mata tetapi lebih banyak menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari. Justeru itu, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, guru-guru pendidikan Islam seharusnya memanfaatkan penggunaan alat teknologi seperti komputer bagi merangsang minda pelajar untuk belajar (Hasbullah & Yusni, 2003) malah ia sesuai dengan keperluan futuristik yang memerlukan penguasaan dalam teknologi maklumat (Mohd Jasmy & Mohd Yusro, 2003).


Kesimpulannya, harus diingat, walaupun ICT memberi pelbagai manfaat dalam P&P, tetapi ICT hanyalah merupakan satu faktor tambahan dalam meningkatkan keberkesanan P&P. Maksudnya jika kita terlalu bergantung pada ICT, guru tidak lagi berkesan dan akan wujud sikap individualistik dalam diri pelajar. Jadi, Keperluan pengajian tanpa guru sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimalkan. Ini perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau perhubungan dan interaksi antara dua akal, jiwa hati dan peribadi secara tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin kejayaan sebenarnya. Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

Monday, 10 December 2012

10 SUDUT PANDANGAN HASIL BAHAN BANTU MENGAJAR













PILIHAN ALATAN BAGI BAHAN BANTU MENGAJAR (alatan asal)




BAHAN YANG DIGUNAKAN BAGI MENYEMPURNAKAN TUGASAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Papan playwood & Kayu

Kad manila & Cellotape

Pensil & kertas pasir


Gam Kayu

Gergaji



Friday, 30 November 2012

10 video lawak dalam sukan







                        


                       


                      




Thursday, 29 November 2012

PERLATAN TEKNOLOGI DALAM KESIHATAN DAN SUKAN



PERLATAN  TEKNOLOGI DALAM KESIHATAN DAN SUKAN
1.Terapi Mata

Cermin mata ini berfungsi membantu otak kita untuk mencari titik fokus melalui lubang lubang kecil pada cermin mata ini. Dengan ini ia melatih mata kita yang telah 'out focus' untuk kembali ketempat asal di kornea. Cermin mata ini sangat sesuai untuk pesakit RABUN JAUH dan RABUN DEKAT.Pemakaian secara berterusan akan dapat mengurangkan power cermin mata anda myopia dan astigmatism..InsyAllah,ianya dapat membantu otak kita mencari titik fokus melalui lubang lubang kecil pada cermin mata ini. Ia akan melatih mata kita untuk kembali ketempat asal di kornea.

CARA MENGGUNAKANNYA
LANGKAH 1 :Mula mula pakai cermin mata ini.
LANGKAH 2 :Pejam mata untuk 10 saat
LANGKAH 3 :Buka mata dan gerakan mata anda kekiri dan kekanan untuk 10 kali
LANGKAH 4 :Dengan perlahan gerakan anak mata mengikut arah jam sekali dan melawan arah jam sekali
LANGKAH 5 :Kelip-kelipkan mata anda beberapa kali untuk membenarkan otak menyelaras focus pada mata
LANGKAH 6 :Mula gunakan, kalau rabun jauh guna untuk melihat objek jauh, kalau rabun dekat gunakan untuk membaca
HARGA:RM 5O


2.Bowling Machine Cricket



Peralatan ini digunakan untuk latihan memukul. Mesin ini boleh diubah suai kelajuan bola mengikut keselesaan yang hendak dilakukan oleh pemukul. Latihan menggunakan mesin ini juga boleh menguji kecekapan mata pemukul tersebut. Selain itu, mesin ini boleh diubah suai menjadi ‘spin’ dengan kelajuan mesin yang berbeza. Sebagai contoh, bahagian sebelah meletakkan kelajuan yang tinggi dan sebelah lagi kelajuan yang rendah. Mesin ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan pemain peringkat tinggi. Had kelajuan bagi mesin ini ialah 200kmph. Harga bagi sebuah mesin ini dianggarkan RM 850 sehingga RM19000. Kebiasaannya, sesebuah kelab yang akan bertanggungjawab untuk membeli mesin ini.


3.Blow Ball

Berfungsi melatih pernafasan seseorang atlet.Atlet boleh meningkatkan kapasiti udara yang masuk ke dalam paru-paru selain dapat melancarkan peredaran darah dan menambahkan kecergasan. Blow Ball diperbuat daripada kerangka kayu berbentuk segi empat tepat seperti meja snooker dan mempunyai lapan lubang yang boleh dibuka dan ditutup mengikut permainan yang dipilih.Ia dilengkapi bersama beberapa biji set bola plastik, empat set batang paip dengan pelbagai warna dan saiz panjang.Antara permainan yang boleh dimainkan adalah seperti karom, snooker, bola sepak dan pelbagai lagi dan ia dimainkan dengan cara menghembus bola plastik dengan menggunakan batang paip berkenaan. Sebelum memulakan permainan, pemain akan diambil kadar pernafasan dan kadar pernafasan selepas permainan dicatatkan.Dengan ini, perubahan kadar pernafasan dapat diukur. Pada kebiasaan pemain akan menjalankan latihan sebanyak 15 kali dalam satu sesi dan dalam seminggu sebanyak tiga sesi dijalankan. Perubahan dapat dilihat selepas atlet menjalani latihan selama empat minggu dan kenaikan sebanyak 3 hingga 5 peratus kadar pernafasan dapat dicapai.

4.Zip

Ini gizmo comel sedikit (dalam gambar di atas) telah diwujudkan bagi mereka yang hanya mahu untuk mengira langkah-langkah, menjejaki kalori yang mereka telah dibakar dan mengambil melihat dengan lebih dekat pada data harian mereka melalui papan pemuka dalam talian komprehensif syarikat dengan perkongsian dan permainan ciri-ciri. Ia adalah sedikit lebih kecil daripada Ultra Fitbit tetapi yang lebih luas dan lebih seperti alat pengukur langkah tradisional. Ia peluh dan kalis air dan cangkuk terus ke pakaian anda. Dari apa yang kita boleh memberitahu ia mungkin satu bentuk yang lebih baik daripada Ultra Fitbit dan lebih praktikal juga. Pecutan akan memaparkan langkah-langkah yang anda telah diambil, jarak yang diliputi dan kalori dibakar (berdasarkan statistik peribadi anda) sepanjang hari dan ia begitu mudah untuk digunakan, hanya ketuk skrin untuk mengubah data pada paparan.Ia datang dengan USB dongle, tetapi data anda boleh segerakkan tanpa wayar ke iPhone anda melalui Bluetooth 4.0 dan ia berjalan semata-mata di luar menonton bateri terlalu (yang terakhir kira-kira 4 hingga 6 bulan sebelum mereka perlu diganti), jadi ia menghilangkan keperluan bagi kabel yang rumit dan banyak mengenakan jika anda lebih suka tidak kucar-kacir di sekeliling.



5.Acu Sense Mat





AcuSense Mat direka berdasarkan seni purba di mana titik akupunktur tertentu ditekan untuk melegakan sakit otot dan kelesuan. AcuSense Mat adalah selamat diguna dan tahan lama. Tikarnya diperbuat dari 100% gentian kapas asli, dan bunga berduri diperbuat dari bahan plastik ABS yang selamat.
Cara Mengguna:
  1. Letakkan tikar di atas katil atau lantai rata. Letakkan sebiji bantal atau kusyen di bawah tikar untuk merehatkan leher anda. Berbaring di atas tikar dan memastikan berat badan anda disebar rata ke semua titik tekanan tikar.
  2. Berehat, menarik nafas panjang dan tidak bergerak.
  3. Pada mulanya berbaring 10 hingga15 minit setiap sesi dan memanjangkan jangka anda berbaring ke antara 20 hingga 40 minit setiap sesi.
Beberapa Posisi Yang Boleh Digunakan :
Belakang :Berbaring di atas lantai yang rata dan letakkan sebiji bantal di bawah kepala anda.
Muka & Rahang :Letakkan pipi anda di atas tikar. Anda boleh melapik pipi anda dengan kain untuk mengurangkan tekanan di pipi anda
Bahagian Perut : Berbaring pada perut anda. Posisi ini membantu memperbaiki pernafasan.
Tapak Kaki : Memberi kebaikan refleksologi yang membawa kesan positif ke seluruh badan.
Punggung: Meredakan ketegangan di bahagian bawah belakang dan mengekalkan kestabilan dan tenaga
Harga: RM140.OO

 

6.N.Plus Digital Blood Pressure

 

Keistimewaannya:
1. Skrin paparan bacaannya lebih besar dan mudah dibaca.
2. Mengukur tekanan darah secara automatik dengan paparan bacaan sistolik, diastolik dan nadi.
3. Boleh menyimpan dua bacaan ke dalam memori dan anda boleh mendapat bacaan purata bagi kedua-dua bacaan tersebut.
4. Alat ini mempunyai effikasi dan ia mengukur tekanan darah secara tepat.
5. Pam yang digunakan pula tidak mengeluarkan bunyi yang bising
6. Ianya menjimatkan bateri kerana ia akan tutup sendiri secara automatik apabila sudah tidak digunakan.
7. Mempunyai indikasi atau petunjuk bagi bacaan tekanan darah yang `standard`di mana alat ini akan menilai keadaan tekanan darah anda, sama ada ianya normal, sederhana tinggi atau pun tinggi.
8. Jadi mudahlah anda membuat keputusan untuk bertindak sewajarnya

Harga: RM  250

 

7.Learblue  Digital Alat Test Kehamilan Yang Paling Tepat



Clearblue Ujian Kehamilan DIGITAL dengan Petunjuk Conception memberikan anda pengesahan dua keputusan. Penderia Pintar yang Dwi  tidak hanya memberitahu anda dalam perkataan jika anda mengandung atau tidak, tetapi jika anda, ia juga menunjukkan anda bagaimana banyak minggu hamil anda.

Dengan paparan digital maju, tidak ada keperluan untuk mentafsir garisan tetapi Clearblue Ujian Kehamilan DIGITAL memberikan anda kehamilan ujian yang paling tepat membaca dalam pregnancy awal.


·                     Ujian Clearblue DIGITAL Kehamilan dengan Petunjuk Conception
·                     Lebih daripada 99% tepat dari hari haid anda adalah disebabkan
·                     Satu-satunya ujian juga memberitahu anda beberapa minggu sejak anda mengandung
·                     Memberikan keputusan yang baik tanpa kesilapan yang jelas
·                     Terlalu sensitif, anda boleh menguji sehingga 4 hari early2
·                     Ujian mudah untuk digunakan dengan simbol hourglass yang unik untuk menunjukkan kepada anda bekerja
·                     Jenama yang paling disyorkan oleh pakar perubatan


8.Alat Untuk Menurunkan Dan Menormalkan Tekanan Darah



Hipotention aparatus bekerja untuk menetralkan biolistrik tubuh. Jika biolistrik tubuh tidak seimbang maka akan banyak penyakit yang boleh menyerang tubuh. Tetapii jika biolistrik tubuh diseimbangkan kembali maka tubuh akan menjadi sihat.
Fungsi utama hipotention aparatus adalah untuk menstbilkan kembali tekanan darah yang tidak normal. Ada lima kelebihan memiliki hipotention aparatus iaitu:
  1. Bentuknya kecil, diametrnya tidak lebih dari 10cm, jadi sangat mudah di bawa kemana-mana sahaja
  2. Ringan dan fleksibel, boleh digunakan dimana;mana sahaja
  3. Cara kerja cepat dan sangat efektif
  4. Bekerja dua arah
  5. Telah lulus ujan perubatan di pelbagai negara


9.Electronic Table Ping Pong Machine

“Electronic Table Ping Pong Machine”

Fungsi utama ini adalah untuk melatih dan membantu atlet  menjalani latihan kemahiran memukul bola seterusnya dapat membantu jurulatih mengenalpasti prestasi atlet dengan memerhatikan persembahan atlet semasa  latihan dijalankan serta dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh atlet seterusnya memperbaiki kesilapan tersebut. Alatan ini banyak digunakan untuk sesi latihan atlet sehingga ke peringkat sukan antarabangsa kerana fungsinya yang sangat berkesan dalam membantu atlet mengawal bola dan menjaga konsistensi pukulan bola.
Sumber rujukan: “Penggunaan Alat Berteknologi Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani  dan Sukan “,
Prof. Madya Dr. Mohad Anizu bin Haji Mohd Nor.




10.Golf Club Ball Launche

Alternatif untuk pemain bermain golf dan memegang batang golf walaupun bukan dengan menggunakan batang golf dalam bentuk yang biasa. Ia dihadirkan dalam bentuk ‘rifle’ atau salah satu jenis alatan senjata seperti senapang, membolehkan ia mudah dibawa pemain dan pada masa yang sama dapat juga dimuatkan bersama di atas kereta golf (golf cart). “Golf Club Ball Launcher” mempunyai satu system piston membolehkan bola golf mampu dilepaskan dari hujung “rifle” itu dan kemudiannya masuk ke dalam lapangan hijau berumput yang mempunyai lubang golf (golf green) itu. Kebanyakan pengguna peralatan ini adalah individu kurang upaya atau pun individu dengan upaya tetapi tidak mahu menggunakan kaedah permainan golf biasa.