Perbezaan Menghantar Mesej Menggunakan yahoo group dan yahoo mail.
Sewaktu minggu kedua, kami telah belajar untuk membuat yahoo group masing-masing. Yahoo group merupakan satu aplikasi yang unik penggunaanya. Salah satu keunikan yahoo group ialah dari cara penghantaran mesejnya yang berbeza.
PERBEZAAN
Di dalam yahoo mail, mesej atau maklumat yang dihantar adalah bersifat peribadi iaitu hanya dihantar kepada penerima tertentu sahaja, hanya penerima sahaja yang boleh membaca mesej tersebut. Manakala dalam yahoo group, mesej yang dihantar akan diterima oleh semua ahli yahoo group tersebut, semua maklumat dan mesej yang dihantar akan dapat dibaca oleh ahli dalam yahoo group. Selain itu, yahoo group juga berfungsi sebagai tempat perbincangan yang luas. Oleh itu, ia tidak mempunyai signature. Hal ini menyebabkan kita sukar untuk mengenalpasti penghantar sesuatu mesej atau maklumat tersebut. Berbeza dengan yahoo mail dimana mesej yang kita hantar mempunyai signature yang mengandungi maklumat tentang diri kita dan bersifat lebih rasmi dan bersifat peribadi.
Persamaan
Terdapat beberapa persamaan antara yahoo mail dan yahoo group. Pertama,digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada rakan dengan cepat. Kedua, melalui yahoo group dan yahoo mail, kita dapat berbincang tentang sesuatu topik atau perkara bersama rakan yang lain. Ketiga, penghantaran mesej dan maklumat menjadi lebih jelas, cepat dan menjimatkan masa.
No comments:
Post a Comment